Viktor Orbán
Viktor Orbán

Viktor Orbán

Viktor Mihály Orbán[1] (sebutan Hungary: [orbaːn viktor ˈmihaːj] ( dengar); lahir 31 Mei 1963) ialah Perdana Menteri Hungary sejak 2010, dan sebelum itu antara 1998 dan 2002. Orbán memimpin Fidesz, sebuah parti konservatif kebangsaan. Dalam pilihan raya 2010, gabungan partinya memenangi 52.73% undi dan supermajoriti dua pertiga kerusi dalam Parlimen Hungary. Beliau terpilih semula sebagai perdana menteri buat penggal ketiga selepas berjaya memenangi pilihan raya parlimen April 2014. Peratusan undi parti beliau bagaimanapun turun kepada 44.54%[2]